Followers

Sunday, July 4, 2010

About Terengganu

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.
Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut.

Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah.

Keluasan daerah tersebut adalah:
  • Kuala Terengganu, 60,654.3 hektar
  • Kemaman, 253,559.9 hektar
  • Dungun, 273,503.1 hektar
  • Marang, 66,654.3 hektar
  • Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar
  • Setiu, 130,436.3 hektar
  • Besut, 123,367.8 hektar
Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai,Dungun dan Jerteh.
Bendera Negeri Terengganu Darul Iman

Lambang Negeri Terengganu Darul Iman

No comments:

Post a Comment